Assalamualaikum rakan2 sapa yang tak inginkan tempat yang tenang selalu kalau tempat yang tenang2 ni kita msti kaitkan dengan pantai, pulau . hari tu encik jelapang padi ada baca satu atikal yang kata "bunyi desiran ombak ni boleh bagi hati tenang" jadi kita pon pi la cuba . ternyata ianya betul dia mcm ada sesuatu hadir mcm perasaan tenang. Jadi encik jelapang padi tak mau cakap banyak2 hari ni encik jelapang padi nak share sikit hotel2 terapung yang ada dekat Malaysia. Hangpa semua tak yah dah duk kalut nak pi jauh2 sebab dekat dalam Malaysia ni pon berjebah hotel terapung yang indah2 dan cantik2 mcm luaq negara nuh..
 |
BERJAYA LANGKAWI RESORT
credit: google image
Haaa ni memang best dan ini lagi membanggakan saya jadi orang kedah ni. kalau hampa semua mengidamkan sebuah penginapan kesegeran bunyi hutan hujan setiap kali membuka mata . ni lah resort yang patut hampa pi. berlatarbelakangkan hutan hujan yang kaya dengan flora dan fauna, resort ini menyediakan perkhidmatan lawatan pandu, yang mana hampa semua akan diberi penerangan tentang flora dan fauna yang ada di hutan hujan ini. dalam masa yang sama hampa dan sekeluarga dapat menikmati panorama alam yang semula jadi dan sambil mempelajari perkara baru.
|
 |
POM POM ISLAND RESORT
credit: google image
Pulau ini terletak lebih kurang 50 minit daripada jeti semporna, anatara yang menariknya resort ini adalah resort ini adalah merupakan tempat pemuliharaan penyu. Dari jati resort hampa semua boleh tengok penyu2 dan pelbagai jenis ikan2 yang berada didalam laut. Ok kita dah cerita pasai pulau sekarang ni kita masuk kepada suasana penginapan pulak. hotel ini menyediakan perkhitmatan SPA dimana terdapat khidmatan urutan dan refleksologi hampa semua boleh cuba. kalau hampa semua suka aktiviti lasak dan mencabar hampa boleh mendaki bukit di Pulau Bohaydulong yang terletak tak jauh dari resort.
|
 |
MABUL WATER BUNGALOW
credit: google image.
"THE BEST DIVE BASES IN THE WORLD". itulah penghormatan yang diberikan kepada tempat penginapan yang terletak diperairan pulau mabul, sabah ini. Disebebkan kejernihan airnya menjadikan aktiviti menyelam menjadi sangat menyeronokkan .Hampa semua dapat melihat panorama dan kehidupan di dalam lautan. Dah abih pasai lautan sekarang ni encik jelapang padi akan ceritakan pada aspek penginapannya pula. Bilik2 di mabul water bungalow luas dan seni binanya bertemakan tradisional. tetapi dilengkapi dengan peralatan model seperti WIFI, TV, tandas juga mempunyai kelengkapan air panas. SPA pun disediakan jadi hampa semua boleh relaks2 sambil tengok laut.
so sampai sini sajalah perkongsian dari saya . ada tempat menarik2 lagi kita akan share lagi. apa2 pon kita sebagai rakyat Malaysia ni harus rasa bangga la dengan apa yang ada dkt Negara kita ni. senang cerita "Malaysia is a nice place to travel" . ok semua terima kasih kepada yang membaca terima kasih sngt2 assamualaikum
|
Comments
Post a Comment