TAMAN TEMA AIR DI MALAYSIA YANG LOW BUDGET

SENARAI TAMAN TEMA AIR

Dengan adanya senarai taman tema air ini boleh membantu hampa semua mencari taman tema air, terutamanya bagi mereka yang sukakan tempat  yang enjoy2 , inilah tempatnya  dan  harganya tidak semahal taman tema air popular yang lain.

1. DESA WATER PARK, TAMAN DESA, KUALA LUMPUR

Taman Tema Air
Foto Kredit: groupon.my
Mungkin tak ramai yang perasan bahawa wujudnya Taman Tema Air Taman Desa  ini. Dengan harga tiket RM35 untuk orang dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan tinggi melebihi 2 ½ kaki, tidaklah mahal mana untuk membawa seisi keluarga bermain di sini.
Dengan tarikan seperti Surf Shark, anak -anak hampa boleh bermain di gelongsor air yang berkonsepkan tropika dengan rekabentuk yang menarik. Pink Slide pula membolehkan  budak-budak boleh gelongsor beramai-ramai sambil melakukan aksi cilik masing-masing.
Dalam masa yang  sama hampa semua boleh menikmati Bubble Pool di mana ia mengeluarkan buih seperti berada di dalam jakuzi dan membolehkan anda menghilangkan stress.
Bagi yang dewasa pula, terdapat Shock Wave yang boleh menghasilkan ombak setinggi 1.5 meter yang agak mencabar kekuatan fizikal dan mental  hahaha.

2. CARNIVALL WATER PARK, SUNGAI PETANI, KEDAH

Taman tema air
Foto Kredit: Facebook The Carnivall
Bagi mereka yang berada di utara tanah air pula, sila kunjungi   Carnivall Water Park   di Sungai Petani. Dengan harga tiket RM25 untuk orang dewasa dan RM19 untuk kanak-kanak (tambah RM5 setiap satu jika hujung minggu/cuti umum/cuti sekolah), ia merupakan lagi satu destinasi yang tidak membebankan.
Taman tema air
Foto Kredit: azaleania
Carnivall merupakan sebahagian daripada Cinta Sayang Resort dan selain dari taman tema air yang sentiasa penuh, ia turut mempunyai penginapan hotel bagi mereka yang datang dari jauh dan ingin bermalam di sini dengan harga serendah RM125++ untuk satu malam.

3. TIARA BEACH RESORT, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
(KINI DIKENALI SEBAGAI PRIMALAND RESORT & CONVENTION CENTRE)


Taman tema air
Foto Kredit: tripadvisor.co.uk
Di antara banyak-banyak tempat menarik di Port Dickson, Tiara Beach Resort  memang terkenal sejak dari dulu lagi. Walaupun hanya digelar   Swimming Pool, tetapi percayalah ia seperti taman tema air mini.
Dikelilingi deretan apartmen yang sering penuh pada  hujung minggu, hampa semua boleh memilih samada  nak bayar untuk masuk ke swimming pool sahaja atau mengambil pakej sekali dengan penginapan. Tak  silap saya, dulu harga tiket hanya RM10 untuk mandi sahaja,  tapi saya  tak dak la  pulak info terkini di laman web mereka. Hampa dan seisi keluarga boleh menghabiskan masa dari seharian di sini.

4. LEGOLAND WATER PARK, JOHOR

Taman tema air
Foto Kredit: legoland.com.my
Dibuka beberapa tahun lepas, taman tema terbesar di dunia ini menawarkan lebih 20 gelongsor air dengan lebih 40 buah permainan interaktif yang boleh dicuba. Memang mengujakan! Di dalam taman tema ini juga diletakkan lebih 70 model sebagai tarikan pengunjung. Zon permainan dibahagikan kepada tiga kategori: keluarga, kanak-kanak bawah 5 tahun dan kanak-kanak atas 5 tahun.
Build-A-Raft River misalnya popular di kalangan kanak-kanak kerana mereka boleh menguji minda dengan membina rakit sendiri mengguna kepingan Lego lembut manakala Joker Soaker membolehkan kanak-kanak bermain meriam air sambil 77 liter air dicurahkan ke atas mereka. Harga masuk bergantung pada pakej yang diambil dan jika menempah awal, potongan sebanyak 20 peratus diberikan.

6. LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK

Taman tema air
Foto Kredit: nurrcahaya
Bukan sahaja menyediakan pelbagai aktiviti menarik di taman air seperti Jungle Wave Pool, Adventure River, Sandy Bay, Cliff Racer, Tube Raiders dan Kids Explorabay, malah orang ramai boleh berhibur di taman tema kering, bermain dengan haiwan di Petting Zoo, melihat harimau Siberia yang eksotik di Tiger Valley, mempelajari sejarah perlombongan bijih timah yang terkenal di Perak suatu ketika dahulu di Tin Valley, Dah boring dengan semua dia atas  hampa jugak boleh mencuba aktiviti lasak lagi mencabar di Adventure Park . badan dah penat pi merawat kesihatan di 8 kolam air panas di Lost World Hot Spring & Spa memang nice hilang penat . Harga masuk berbeza mengikut pakej yang dipilih.

Comments

Popular posts from this blog

HOTEL TERAPUNG DIMALAYSIA

chalet terbaik di melaka