tadom hil

Assalamualaikum.

Lama dah teringin nak menjejakkan kaki dan mandi di Tadom Hill Resort di Banting, Selangor. Selalu tengok kawan-kawan update Instagram mandi di tasik kat sana. Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak

haha kalau nak di jadikan cerita .tinggal dua orang mamber dekat rumah sewa ni fikir punya fikir  sebab dah boring duk rumah  spontan ja tadom hill .. packing2 barang terus pi. kami gerak dari KUIM melaka dalam pkol 8 pagi mcm tu lps tu smpai dalam pukol 10 pagi mcm tu 2 jam jugak perjalanan .

Dari jalan utama macam tak ada apa-apa tapi bila dah sampai, kagum sekejap dengan resorts dalam kawasan ladang kelapa sawit, tasik jernih berwarna hijau dan faktor penarik ialah bukit batu kapur di hadapan tasik.


Uniknya Tadom Hill Resorts ni adalah semua struktur dibina dengan buluh. Tandas dengan bilik mandi pun ada unsur buluh. Sehinggakan detail yang kecil macam lampu yang moden pun digabungkan dengan buluh.

Kami datang hari Jumaat, jadi bayaran masuk untuk Day Pass cuma RM22 untuk dewasa tapi kami dapat harga RM18 untuk pelajar. Bayaran boleh dikatakan berbaloi dengan kemudahan yang disediakan.


Tapi walaupun dah bayar day pass, kalau nak guna sesetengah kemudahan dalam ni still kena bayar, nasib naik nak guna tandas, bilik mandi dan surau tak kena bayar. Hmmmm. Kalau nak datang untuk buat BBQ kena bawa makanan yang dah masak lah, jimat. Hehe



Kalau ke sini tak terjun dari pelantar kayu atas pokok dengan tak cuba Tarzan Swing memang rugi, tak lengkap orang kata. Tapi untuk orang ada acrophobia takut dengan ketinggian boleh kata rugilah.

Atas pelantar ni ada seorang lifeguard akan mengawasi orang yang naik ke pelantar untuk terjun. Cuma 5 orang dibenarkan untuk berada ada pelantar pada satu-satu masa. Kami datang pada hari hari bekerja jadi orang tak ramai dan kami tak perlu beratur.




Terjun dan main tarzan swing dua tiga kali cukuplah kot. Lepas tu habiskan masa berenang dengan terapung dalam air. Nak main rakit tapi ramai yang menunggu giliran jadi takpelah. Lagipun rakit tak ada paddle, kalau nak guna tangan buat penat je. Terapung tengah tasik sambil sembang memang seronok.


Mandi lama-lama pun penat juga sebenarnya. Itu ada safety jacket kalau tak ada lagi penat kena apungkan badan guna kaki dengan tangan. Lepas dah berendam 2 jam lebih, badan pun dah penat kami lepak bawah hut. Nasib baik ada bawa roti, lapar weh. Kalau datang jangan lupa bawa makanan. Kalau nak makan kat restoran dalam ni mungkin mahal.

Mandi, solat asar di surau buluh yang mengingatkat masa zaman kecik main buat rumah pondok dengan buat pondok atas pokok dulu. Selesai kat sini, kami bertolak balik.

Tadom Hill Resort ni sesuai kalau nak datang chill, mandi, lepak ataupun berkelah dengan keluarga dan kawan-kawan, tapi kena keluarkan duit sikitlah sebab kena bayar bayaran day pass kalau kita tak menginap kat sini. Huhu.

Comments

Popular posts from this blog

TAMAN TEMA AIR DI MALAYSIA YANG LOW BUDGET

HOTEL TERAPUNG DIMALAYSIA

chalet terbaik di melaka